|
Back |
NKF lepaskan' urusan dana $24.2 juta |
30 Nov 2006, Berita Harian |
| |
Penyerahan kepada Persatuan Kanak-Kanak bolehkan yayasan fokus semula misi utama sedia rawatan
bermutu pesakit ginjal
YAYASAN Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) akan menyerahkan pentadbiran Dana Perubatan Kanak-
Kanak (CMF) bernilai $24.2 juta yang di bawah naungannya kepada Persatuan Kanak-Kanak Singapura
(SCS) dengan termeterainya satu memorandum persefahaman (MOU) semalam.
Penyerahan itu merupakan sebahagian usaha memfokuskan kembali NKF kepada misi utamanya iaitu
menyediakan rawatan dialisis berkualiti pada harga yang berpatutan kepada pesakit ginjal.
Ia akan berkuatkuasa pada 1 Januari depan.
Dengan penyerahan itu, NKF akan membubarkan CMF. Segala dana, kegiatan dan komitmennya pula
akan diserahkan kepada dan ditadbirkan oleh SCS.
Menurut SCS ia akan henti mengumpul dana bagi CMF bagi tempoh 10 tahun yang akan datang.
Perkembangan terbaru itu merupakan satu lagi perubahan yang dikenalkan sejak skandal NKF
terbongkar tahun lalu.
Mengulas penyerahan CMF, pengerusi NKF, Encik Gerard Ee, berkata:
'Penyerahan itu sejajar dengan penumpuan semula misi NKF yang baru untuk menyediakan
penjagaan renal bermutu kepada pesakit ginjal. SCS telah menyediakan pelbagai khidmat kepada kanakkanak
sejak 54 tahun lalu. Lembaga NKF berasa CMF akan dijaga dengan baik.'
CMF dibentuk NKF pada Oktober 2001 untuk menyediakan subsidi bagi rawatan dan penjagaan
pemulihan kanak-kanak yang berpenyakit kronik.
Sejak ditubuhkan, CMF telah dimanfaatkan 145 penerima dengan 33 daripada mereka dijangka akan
terus memerlukan bantuan daripada SCS.
SCS berikrar akan terus membantu kanak-kanak yang memerlukan dan juga melaksanakan segala
komitmen yang telah diikrarkan CMF sebelum ini.
Ini termasuk menyokong Pusat bagi Implan Pendengaran dan Cochlear di Hospital Besar Singapura;
Pusat Sumbing dan Kranium/Muka, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH); MINDS Medicare, Klinik
Kulit Kanak-Kanak, Pusat Kulit Nasional serta Program Jagaan Sakit dan Pelega, KKH.
Pengerusi SCS, Encik Koh Choon Mui, berkata pihaknya bercadang mengekalkan nama CMF kerana
ia melambangkan niat asal dana itu.
'Kami tidak akan mengadakan sebarang projek pengumpulan dana bagi CMF bagi 10 tahun yang akan
datang. Kami akan menggunakan wang faedah yang terjana untuk menyokong keperluan masa kini dan
masa hadapan,' katanya. |
|
|
|